Saidina Ali pernah berpesan :
Bila suatu ketika berpeluang bersama-sama berprogram dengan seorang yang pada aku seorang murabbi, rasa seolah-olah aku adalah yang paling jauh ketinggalan di belakang dalam perlumbaan itu, fastabiqul khairat.
Bila jemput datang untuk menjadi naqib usrah, biasanya ramai yang menolak dengan alasan, carilah orang lain dahulu. Tetapi beliau, jarang sekali tidak hadir apabila dijemput untuk bersama duduk dalam halaqah. Dalam keadaan jadual harian yang memang padat dengan kesibukan dan sebagainya, beliau sanggup berulang-alik, seolah-olah berusaha mengosongkan masa, walau hanya untuk memberi pengisian dalam masa kurang satu jam!
Seperti sudah sebati diri beliau dengan kata saidina Ali, dan seperti setiap saat dibisik dengan pesanan, apabila kamu letih melakukan kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang, dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
SubhanAllah.
Sekadar muhasabah bersama, dan khusus buat diri sendiri yang susah sangat nak istiqamah dalam kerja-kerja amal. Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi 'ala deenik, wa 'ala to 'atik! Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini dalam ketaatan!
Ameen.
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi membelakangi, dan sesungguhnya akhirat itu berangkat datang menghampiri,"
"Bagi setiap daripada kedua-duanya, ada anak-anaknya. Maka jadilah kamu anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia,"
"Kerana sesungguhnya, hari ini adalah hari amal dan tiada perhitungan. Sedangkan keesokan harinya adalah hari perhitungan dan tiada amal,"
"Apabila kamu berasa letih melakukan kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal,"
"Dan sekiranya kamu seronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal,"
Bila suatu ketika berpeluang bersama-sama berprogram dengan seorang yang pada aku seorang murabbi, rasa seolah-olah aku adalah yang paling jauh ketinggalan di belakang dalam perlumbaan itu, fastabiqul khairat.
Bila jemput datang untuk menjadi naqib usrah, biasanya ramai yang menolak dengan alasan, carilah orang lain dahulu. Tetapi beliau, jarang sekali tidak hadir apabila dijemput untuk bersama duduk dalam halaqah. Dalam keadaan jadual harian yang memang padat dengan kesibukan dan sebagainya, beliau sanggup berulang-alik, seolah-olah berusaha mengosongkan masa, walau hanya untuk memberi pengisian dalam masa kurang satu jam!
Seperti sudah sebati diri beliau dengan kata saidina Ali, dan seperti setiap saat dibisik dengan pesanan, apabila kamu letih melakukan kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang, dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
SubhanAllah.
Sekadar muhasabah bersama, dan khusus buat diri sendiri yang susah sangat nak istiqamah dalam kerja-kerja amal. Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi 'ala deenik, wa 'ala to 'atik! Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini dalam ketaatan!
Ameen.
0 Komen:
Post a Comment