Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Zulhijjah 1430 hijrah sudah melabuhkan tirai.
Tiba pula giliran Muharam 1431 hijrah untuk terus mencorakkan kamus dan melangsungkan tugasnya sebagai petanda, bahawa masa itu berlalu dan terus berlalu, meninggalkan segala yang lepas sebagai kenangan.
Kesempatan demi kesempatan masih Allah anugerahkan kepada kita, agar perjalanan kehidupan kita dapat diteruskan. Kesempatan, di mana adalah peluang bagi kita untuk merealisasikan matlamat, supaya hari ini adalah lebih baik dari semalam.
Salam ma'al hijrah dari saya.
Semoga kehadiran, dan keberadaan kita di dalamnya dilimpahi kebaikan demi kebaikan daripada Allah. Semoga kita, terus melipatgandakan ibadah sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya.
Kehadiran tahun baru ini pasti membawa seribu satu mesej dan makna buat kita. Kehadirannya, telah membuatkan kita berfikir tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang lepas. Segala baik buruk yang kita kerjakan, dan sebagainya.
Begitu juga saya.
Penting dan bermakna sekali kehadiran tahun baru ini buat saya, namun tidak tahu bagaimana untuk saya ungkapkan. Bukan sekadar sambutan tahun baru, namun lebih dari itu. Semoga kita mampu menghayatinya.
Penutup : Mari Berhijrah
Mari kita mengorak langkah, sama-sama berhijrah.
Semoga hijrah kita, bukanlah hijrah setahun sekali, tetapi berkali-kali. Andai kita merasakan bahawa kita sudah terlalu jauh menyimpang dari jalan Allah, kita berhijrahlah, untuk kita kembali ke jalan itu.
Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah, adalah untuk menyampaikan dakwah di sana kerana dakwah baginda tidak diterima di Mekah. Hijrah baginda, adalah permulaan tapak bagi memastikan islam terus berkembang sehinggalah ke hari ini.
Kita, adalah pendukung dakwah baginda. Justeru, untuk kita mengislahkan dunia, kita perlu mengislahkan diri kita. Pengislahan itu, tidak mampu kita capai andai tidak dengan mendalami maksud dan melakukan hijrah.
Untuk itu, mari sama-sama berhijrah.
Bagi yang lupa, kita sampaikanlah pesan.
Buat yang leka, kita sedarkanlah dengan peringatan.
Biar sentiasa diingati peristiwa hijrah itu.
Biar makmur hijrah itu.
Semoga Allah terima hijrah kita.
2 Komen:
Maksud Hijrah memang cukup besar,Saudara Hafidz.
^^, Time mlm taun baru Islam riya, mek xpat tido.. Umah mek dekat ngan 2 surau.. satu kat depan,satu kat belakang..
Bila dengar suara cdak nya baca Quran, hati tok rasa syukur alu sbb still hidup untuk taun baru tok.. rasa mok keluar jak mlm ya..mok join bah. tp, x diizinkan..sedihnya...
soie... xpande klaka bunga2.. k bhasa pasar jak..soie..hehe..
Konsep hijrah ya besar.
(^___^) wah, dikelilingi oleh dua suro, mmg beruntung lah kitak. tinggal pilihan jak, ne satu nak pergi..syukur2..
bagusnya kitak dpt dengar lantunan ayat quran..kmk stakat dengar bunyi mercun, lagila sedih..aduhai..
erm, xkisah k bhasa apa pun..
syukran ziarah..!!
(^___^)
Post a Comment