Kita selalu berkata.
Bahawa kita ingin ikhlas dalam segalanya.
Nampak mudah untuk kita bicarakan.
Namun hakikatnya, sukar untuk ditunaikan.
Manusia, ramainya tertipu dalam beramal.
Amal dilakukan kerana mengharapkan pujian orang, sedangkan segala kata-kata pujian yang keluar daripada mulut seseorang itu tidak akan memberi sebarang manfaat pun kepada kita pada hari akhirat kelak.
Malah, mengharapkan pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri kita terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang sombong dan bermuka-muka. Sungguh, rugi benar orang yang tidak ikhlas.
Terseksa juga dia di dunia.
Terseksa lagi dia nanti di akhirat.
Justeru, bagaimana untuk kita amalkan ikhlas dalam kehidupan kita ini? Adakah cukup sekadar mengatakan bahawa kita ini sudah ikhlas? Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kejayaan kita dalam mencapai keikhlasan itu, bukanlah sekadar melalui kata-kata.
Tetapi, nampak terjemahannya melalui perlakuan.
Jadi, bagaimana?
Ingin tahu?
Ya, saya juga ingin tahu.
Mari, saya bawakan satu kisah.
Silakan.
Ambillah pengajaran darinya.
Kisah Bermula
"Mari aku ajarkan engkau tentang ikhlas," Kata seorang guru.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis," Balas muridnya.
"Tidak perlu, bawa sahaja karung guni itu," Gurunya berkata.
"Karung guni?" Tanya murid. Nadanya terkejut.
Seperti tidak percaya sahaja.
"Mari kita ke pasar," Guru tersebut mengajak muridnya.
Dalam perjalanan ke pasar, guru tersebut membawa muridnya berjalan melalui jalan yang berbatu-batu, lalu segera menyuruh muridnya itu mengutip batu-batu yang besar di sepanjang jalan itu dan memasukkannya ke dalam guni.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," Kata guru itu memberi arahan.
Tanpa banyak soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan. Muridnya hanya memasukkan sedikit sahaja batu ke dalam guni tersebut.
"Cukup?" Tanya muridnya.
"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu," Kata guru.
"Lebih banyak lebih baik,” Sambungnya.
Sampai sahaja mereka di pasar, mereka berdua langsung tidak membeli apa-apa barang. Gurunya hanya berlegar-legar dan terus berjalan, melihat-lihat sebentar dan kemudiannya mula beredar ke luar. Muridnya hanya mengekori dari belakang, sambil membawa guni penuh dengan batu itu.
"Tok, kita tidak beli apa-apa kah?" Tanya muridnya.
"Tidak perlu, bukankah karung guni engkau sudah penuh?" Jawabnya.
"Ya, ya…" Murid itu hanya mengiakan sahaja kata-kata gurunya sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
Seketika kemudian.
"Banyak beli barang," Tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang apabila melihat anak murid itu memikul guni yang penuh dengan muatan.
Sedangkan hakikatnya, hanyalah batu-bata.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," Bisik orang yang lalu-lalang di situ apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata sesetengah yang lain pula.
Akhirnya, mereka sampai kembali di rumah gurunya. Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi penuh dengan batu-batu tadi. Penatnya memang tidak dinafikan.
"Huh, letih sungguh," Keluh muridnya.
"Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini Tok?" Dia bertanya.
"Tak buat apa-apa." Jawab gurunya ringkas.
"Kalau begitu, letih sahajalah saya," Balas anak murid.
"Memang letih, tetapi engkau sudah belajar tentang ikhlas,” Sambungnya.
"Bagaimana?" tanya anak murid itu.
Sedikit hairan dengan kata gurunya.
"Engkau telah belajar, apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal," Guru itu merungkaikan satu demi satu kepada muridnya.
"Dengan memikul batu-batu ini?" Tanyanya lagi.
“Ya, batu-batu itu adalah umpama amalan yang dilakukan dengan riak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Namun, engkau sendiri tahu bahawa itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanyalah sekadar batu-batuan,” Ulas gurunya.
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu ini?" Murid itu inginkan kepastian.
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa engkau tanggung. Engkau dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang engkau dapat, hanya penat," Sambung gurunya.
Murid itu akhirnya faham.
Akan apa yang dimaksudkan oleh murabbi itu.
Dia teruskan langkah dengan azam.
Semoga ikhlas yang hakiki, dia perolehi.
Penutup : Ikhlaslah
Begitulah cerita tersebut.
Cerita yang memberitahu kita akan keadaan orang yang tidak ikhlas dalam sesuatu amalan, hanyalah seperti mengangkat guni yang penuh dengan batu-batuan sahaja. Orang lain memuji kita, sedangkan kita tahu bahawa kita bukanlah seperti apa yang mereka tafsirkan.
Selama ini, kita mengerjakan amalan-amalan yang baik.
Yang kita dapat, hanyalah penat.
Tiada nilai disisi Allah.
Dalam hal ini, saya teringat akan sebuah cerita berkenaan seorang alim yang hidupnya selama berpuluh tahun mengerjakan amalan soleh kepada Allah. Namun, apabila dihadapkan di hadapan Allah, segala amalannya selama berpuluh tahun itu Allah lontarkan kembali ke wajahnya.
Semuanya, tidak diterima.
Justeru, apa maksud semua itu?
Ya, semuanya adalah kerana tiadanya keikhlasan dalam beramal.
Jadi, apa lagi?
Mari kita pasangkan niat.
Kita beramallah dengan ikhlas.
Beribadahlah dengan ikhlas.
Semoga Allah terima keikhlasan kita.
Kepada semua, katakanlah amin.
Amin.

5 Komen:
subhanallah..
kacak post tok :)
nice story..=>
sal keikhlasan.....
mek penah baca sebuah buku...seorang lelaki menjaga keikhlasan lam sembahyangnya...how?i think u KnoW...^^
mena ya...ada owg polah amalan sbb mok show ngan owg...supaya owg puji...
xda ertinya...
mgkin lupa pada kata2 Imam Ghazali..yang dekattttttttttttttttt ngan kita...mati....
yang besaaaaaaaaaaar ya....nafsu....
nothing else to say..Tahniah..Nice post..Assalamualaikum..
Salam.
Kepada Faize :
Jazakallah akhi, semoga lagik kacak dengan kita mengamalkan keikhlasan dalam hidup kita. Bunyi macam senang jak, tapi susah nak dipolah. kan?
Tapi ana kira, xdalah perjuangan mengislahkan dirik tok tanpa pengorbanan. so, mudah2an kita semua diberi kekuatan.
Kekuatan untuk berubah.
Untuk lebih ikhlas.
Kepada Anonymous :
Syukran2, hm xtauk la glak sal kisah ya. sbb contoh2 kisah ttg ikhlas tok banyak. sikit2 jak kmk tauk (^___^)
neway, pasal kisah imam al-Ghazali ya, tauk juak. harapnya, kita dapat faham erti ikhlas yang sebenar n amalkan ibadah dengan ikhlas sebelom mati datang jemput kita.
wallahu'alam.
salam.
nice story.
ana share ye, moga enta dpt pahala yg melimpah-ruah inshaallah. amin.. :)
w'salam
alhamulillah.. ilham dari Allah jua. em. silakan memang untuk dikongsi bersama. semoga memberi mafaat pada yang lain juga :)
Allahua'lam
Post a Comment